Tuesday, July 05, 2011

Pelangi Malam

Cahaya pelangi sekali lagi menari-nari di ufuk timur mentertawakan aku yang bingung.

Menampakkan yang hati ini masih mencari puncak kasih abadi.

Akan sampai nafas aku ini umpama nafas naga bima sakti bercakrawalakan cahaya penerang dewa-dewi kayangan.

Kasih yang mengalir di sepanjang empat baris sungai yang telah dijanjikan bersama lafaz permulaan surah menerangkan seluruh fana.

Yang dibicara bukan kata, yang dilafaz bukan sifat, yang wujud hanyalah Dia.

Demi menerangkan seluruh kasih abadi tersemat baris kata bersama irama lama.

Yang wujud hanya Dia.

Kewujudan pelangi malam yang tidak dapat diolah dengan kurnia deria seakan memerli aku untuk terus mencari keajaiban.

Tidak ada aku, tidak ada pelangi, tidak ada malam.

Masih butakah aku untuk menerima hakikat cinta sebenar.

Tidak ada satu kemampuan dari aku untuk melafazkan apa jua bicara kata.

Semua hanya Cinta.

Cinta yang menghidupkan setiap detik nafas, daya, usaha, kata, bicara, apa pun jua.

Dari mana puncanya akal jika bukan untuk mencari kasih yang abadi.

Mabuk aku di dalam Cinta yang fana.

Lemas di dalam lautan Cinta yang abadi.

Tiada yang wujud melainkan Dia.

Tidakkah kamu mahu mengetahui yang tersirat?

Apa?

Aku sudah tiada.

No comments: