Thursday, November 10, 2011

The Streets I Walked Today.

The streets I walked today were paved with hatred.
Hatred that rose from me children's bosom.
I raised them not to held anger.
But to spread their wings with love.

Each shadows cast upon the earth bore the sign of rage.
Thus I am smitten with hammer of remorse.

Had I sown the threads so unevenly for my daughters to wore.
Had I cracked the earth do forcefully until my sons were shook.

Or perhaps it was the Devil whispered the words of malice unto them.

So they would no longer see themselves as family.
So they would see themselves not equal as one and another.
So they would break my heart into pieces.

My sons,
My daughters,
My children.

The instruments of hate are being fed unto your tiny hands.

It can wait.
It could be more capable of waiting.
It could wait until the end of time.

Because it does not care when you use it.
As long as you would.

Tuesday, August 09, 2011

Anak Tangga Ke Syurga

Ada seorang gadis yang yakin bahawa setiap yang bersinar itu adalah emas
dan dia membeli anak tangga ke syurga
Dan bila dia sampai di sana dia tahu jika semua kedai telah tutup
dengan satu patah perkataan dia boleh dapat apa yang dia datang untuk dapatkan

dan dia membeli anak tangga ke syurga

Ada papan tanda di dinding, tetapi dia mahukan kepastian
dan anda tahu kadangkala perkataan ada dua makna
Di dalam pokok di tepi anak sungai ada seekor burung yang menyanyi
kadangkala semua yang kita fikirkan disalaherti

dan dia membeli anak tangga ke syurga

Ada satu perasaan yang aku dapat bila aku melihat ke barat
dan roh aku menangis untuk pergi
Di dalam fikiran aku telah lihat cincinan asap melalui pepokok
Dan suara mereka yang berdiri mencari

membuatkan aku terfikir
membuatkan aku betul-betul terfikir

Dan telah dibisikkan bahawa akan datang, jika kita semua memanggil irama itu
Kemudian peniup seruling itu akan membawa kita kepada persefahaman
dan hari baru akan terbit untuk mereka yang berdiri lama
dan hutan akan bergema dengan ketawa
dan ia membuatkan aku berfikir

Jika ada sokongan di dalam pagar tumbuhan
Jangan terkejut sekarang
Ia cuma musim bunga membersih untuk Ratu Mei

Ya, ada dua jalan yang anda boleh ikut
tetapi dalam jangkamasa panjang
Masih ada masa untuk tukar jalan yang anda ikut

dan ia membuatkan aku terfikir

Kepala anda sedang berirama dan ia tidak akan hilang jikalau anda tidak tahu
Peniup seruling sedang memanggil anda untuk turut bersama
Wahai gadis tidakkah anda mendengar angin bertiup dan adakah anda tahu
Anak tangga anda berada di atas bisikan angin

Dan sedang kita berjalan mengikut jalan tersebut
Bayang-bayang kita lebih tinggi daripada nyawa kita
Berjalanlah gadis itu yang kita semua tahu
yang bersinar cahaya putih dan hendak menunjukkan
bagaimana semuanya masih bertukar menjadi emas
dan jika anda mendengar dengan teliti
Irama itu akan datang kepada anda akhirnya
bila semua adalah satu dan satu adalah semua
Untuk menjadi batu dan tidak bergolek

dan dia membeli anak tangga ke syurga

Saturday, August 06, 2011

Jika kamu mencari wang & harta bukan aku tempatnya. Jika kamu mencari kedudukan & pangkat, bukan aku tempatnya. Jika kamu mencari kasih & sayang, bukan aku tempatnya. Tetapi jika kamu mencari teman untuk sama-sama mengenal Yang Esa, biar aku mencari kamu.
Kita hidup di dalam dunia yang penuh dengan prejudis dan kepura-puraan. Aku sedih melihat mereka yang petah berkata namun tiada yang terlaksana. Manusia berusaha dengan gigih mencari nas dan dalil semata-mata untuk membenarkan apa yang mereka fikir itu betul. Nas dan dalil yang tidak membenarkan kata-kata mereka itu ditolak mentah-mentah. Mungkin mereka inilah yang menjual Syurga untuk membeli takhta di dunia.

Tuesday, July 05, 2011

Pelangi Malam

Cahaya pelangi sekali lagi menari-nari di ufuk timur mentertawakan aku yang bingung.

Menampakkan yang hati ini masih mencari puncak kasih abadi.

Akan sampai nafas aku ini umpama nafas naga bima sakti bercakrawalakan cahaya penerang dewa-dewi kayangan.

Kasih yang mengalir di sepanjang empat baris sungai yang telah dijanjikan bersama lafaz permulaan surah menerangkan seluruh fana.

Yang dibicara bukan kata, yang dilafaz bukan sifat, yang wujud hanyalah Dia.

Demi menerangkan seluruh kasih abadi tersemat baris kata bersama irama lama.

Yang wujud hanya Dia.

Kewujudan pelangi malam yang tidak dapat diolah dengan kurnia deria seakan memerli aku untuk terus mencari keajaiban.

Tidak ada aku, tidak ada pelangi, tidak ada malam.

Masih butakah aku untuk menerima hakikat cinta sebenar.

Tidak ada satu kemampuan dari aku untuk melafazkan apa jua bicara kata.

Semua hanya Cinta.

Cinta yang menghidupkan setiap detik nafas, daya, usaha, kata, bicara, apa pun jua.

Dari mana puncanya akal jika bukan untuk mencari kasih yang abadi.

Mabuk aku di dalam Cinta yang fana.

Lemas di dalam lautan Cinta yang abadi.

Tiada yang wujud melainkan Dia.

Tidakkah kamu mahu mengetahui yang tersirat?

Apa?

Aku sudah tiada.

Saturday, July 02, 2011

The Man Who Wasn't There

Once I dreamt about a man who wasn't there.
He wasn't there again today but still i met him again.
I wish he wasn't there and he still wasn't there.
I met the man who wasn't there on the stairs.
But I forgot whether I was going up or down.
And I stood on the stairways with the man who wasn't there.
I wanted to go up but I felt I was from above.
I wanted to go down but I felt I was from below.
Still I was on the stairways with the man who wasn't there.
I shook his hand and say hello.
To came a such surprise the man said he wasn't there.
I felt I knew him from a long time a go.
But I could not recognized the man who wasn't there.
I stood up and left.
But I could not decide.
Was I from above or from below.
I looked up and saw the place I was before.
I looked down and saw the place I was before.
I am here and there all at once.
The man who wasn't there greet me with a hearty hello.
I told him that he wasn't there and he told me he wasn't there.
I still see the man who wasn't there.
All of this could not be happening.
Unless if I knew the truth.
What is the truth?
The truth is the man wasn't there from before.
He wasn't there from after.
He wasn't there from anywhere.
And still I saw the man who wasn't there.
I closed my eyes and count from 1 to 5.
Just to know where I was before.
I couldn't hide the truth.
That the man who wasn't there told me that he wasn't there.
I cried and cried.
I do not want to meet the man who wasn't there.
I smiled and smiled.
The man who wasn't there still stood on the stairways.
Laugh and cry, Proud and shy, at last I knew.
That I am the man who wasn't there.
And I am no more.
All that is left is the man who wasn't there.

Tuesday, May 31, 2011

Bangunlah, Bangunlah

Bangunlah, Bangunlah (Lir-Ilir)

Bangunlah, bangunlah, tanamannya telah bersemi
Bagaikan warna hijau yang menyejukkan, bagaikan sepasang pengantin baru
Anak gembala, tolong panjatkan pohon belimbing itu
Biarpun licin, tetaplah memanjatnya, untuk mencuci pakaian mu
Pakaian-pakaian kamu itu telah rosak dan robek
Jahitlah, tisiklah untuk menghadap nanti sore
Selagi rembulan masih purnama, selagi tempat masih luas dan lapang
Ya, bersoraklah, berteriak-lah IYA

Oleh Sunan Kalijaga


Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Surah al-Mudhatthir Ayat 1-7)

Thursday, April 07, 2011

Siapa Kamu?

Dalam keadaan sakratul maut, seseorang tiba-tiba merasa berada di depan sebuah gerbang. “Tok, tok, tok,” pintu diketuk. “Siapa di situ?” ada suara dari dalam. Lalu kuseru saja, “Saya, Tuan.”

“Siapa kamu?”
Ahmad, Tuan.

“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.”
Ehm, saya anak Muhammad

“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.”
Saya seorang gembala, Tuan.

“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”
Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.

“Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”
Saya ini manusia, Tuan.

“Aku tidak menanyakan jenismu. Aku bertanya siapa kamu.”
Akhirnya orang ini keluar, dengan wajah yang masih terpinga-pinga. Dia gagal di pintu pertama oleh sebuah pertanyaan yang sungguh sederhana: siapa dirinya yang sebenarnya.

Tuesday, February 22, 2011

Cinta akan Cinta I

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Telah datang satu bicara antara mereka yang mabuk di dalam cinta akan perihal Cinta. Telah wujud sejak sekian lama kisah cinta agung ini.

Antara kasih dan cinta yang agung bagi mereka yang memandang dengan hela nafas yang sama. Setiap hujung hembusan nafas adalah kalimah mulia yang menyebut hanya nama Cinta. Dan tidak ada yang lain selain dirinya yang selalu dicinta, dipuja, diletakkan pada tempat yang teratas.

Bicara mereka yang mabuk dengan kefanaan cinta membawa mereka untuk mencari, untuk kenal dengan Cinta. Mula pada Cinta itu adalah saat perkenalan yang pertama. Tidak akan datang selain kisah cinta ini melainkan dengan Cinta itu sendiri. Dan kenal akan Cinta itu adalah dengan kuasa Cinta itu sendiri.

Biarpun engkau lalai dengan Cinta. Meskipun engkau lupa akan Cinta. Walaupun engkau tidak pernah percaya akan Cinta.

Tetapi Cinta itu tidak pernah lupa.

Cinta itu tidak pernah lalai.

Kerana Cinta itu adalah hakikat.

Hakikat kepada keabadian seluruh alam. Dan setiap langkah, setiap nafas, setiap kata yang terucap tidak ada yang lain mampu untuk memungkinkannya melainkan dengan kuasa Cinta.

Dan kalimah cinta teragung itu adalah sebagai janji keramat yang terikat antara Cinta dan Sang Pencinta.

Wujud akan segala yang terpampang di hadapan mata adalah kerana Cinta. Tidak ada satupun yang mungkin kecuali dengan Cinta. Telah datang sekalian itu daripada Cinta dan kembalilah segalanya kepada Cinta.

Sekiranya engkau tidak kenal akan Cinta maka lihatlah aku, lihatlah dirimu, lihatlah sekalian alam; segalanya adalah Cinta. Kerana Cinta itu meliputi segala sesuatu.

Kerana Cinta itu adalah hakikat.

Dan abdikanlah diri ini demi kerana Cinta. Serahlah segalanya kepada Cinta untuk cinta. Akhir, sedarlah bahawa tiadalah sesuatu pun yang wujud kecuali Cinta.

Kenal akan diri. Kenal akan Cinta. Kenal akan Hakikat.

Dialah Cinta, Dialah Kebenaran Mutlak,
Dialah Cinta, Dialah Yang Menghidupkan,
Dialah Cinta, Dialah Yang Memelihara.

Sunday, February 20, 2011

Monolog Dengan Jiwa III

Hati aku sudah serasakan mati. Tidak aku jumpa lagi cahaya yang memungkinkan aku kembali melihat dunia. Semuanya menjadi kelam. Aku tidak lagi layak untuk dinamakan manusia. Mungkin sudah tiba masanya aku mengalah kalah semuanya. Bukan aku yang harus terus bertarung untuk terus menang. Mungkin tamat sudah segala yang aku usahakan. Tamat sebuah cerita yang tiada penghujungnya. Semua yang terpampang adalah dosa semata-mata. Tiada yang baik pernah dipandang mulia. Yang menjadi ukuran adalah sejauh mana keburukan yang telah dan pernah dikecapi. Adalah menjadi satu sukatan peribadi bagi setiap insan untuk meletakkan seseorang itu di kiri atau di kanan. Yang menjadi sukatan sering kali paparan pertama yang terfikirkan. Lesu, penat, letih. Usaha segalanya tidak beerti. Manusia masih mencari manusia yang ada kegunaannya. Manusia masih mencari manusia yang memberi untung kepadanya. Manusia sudah tidak menjadi manusia. Manusia sudah menjadi barang dagangan semata-mata. Indah sinar mata yang tidak kelihatan akibat ketamakan memuncak. Fikir yang sering kali kamu menjadi penunjuk kompas kepada si buta. Tetapi engkau yang buta ingin memimpin dunia. Sedarlah. Engkau belajar untuk menjadi apa yang engkau pelajari. Engkau berlari untuk mendapatkan apa yang engkau cari. Tetapi apa aku lihat hanya takbur, angkuh dan tamak dengan ilmu yang engkau ada, pangkat yang engkau ada dan ketaksuban orang-orang disekeliling engkau. Suburkan sifat kecelakaan kamu sehinggakan orang yang datang membawa serelung harapan dan keinginan untuk tahu engkau buang seperti sampah di jalanan. Engkau lebih bagus daripada yang lain. Di puncak piramid itulah takhta engkau. Tiada yang lebih atas daripada engkau. Kekecewaan yang aku alami hanyalah manifestasi kepada apa yang engkau hamparkan. Manifestasi kepada ilmu yang engkau perjuangkan. Wujud kecewa kerana wujud khilaf. Tetapi engkau tidak sedar dan masih mendabik dada mencari peluang untuk kemegahan. Dan akhirnya jadilah engkau sama seperti orang lain yang pernah engkau benci. Jadilah engkau seperti aku. Ke mana harus aku lontarkan kekecewaan aku terhadap manusia seperti ini. Aku tidak lagi mendongak ke langit. Aku tidak lagi mampu untuk tersenyum. Aku ingin kesudahan. Kerana aku sudah letih. Kerana aku sudah penat. Kerana aku sudah tidak punya apa-apa. Yang menjadi ukuran hanyalah ketaqwaan dan bukan kerana engkau tahu segalanya. Cukup. Henti. Diam.

Tenang.

Friday, January 14, 2011

Monolog Dengan Jiwa II

Aku melihat bukan lagi dengan satu pandangan perasaan yang sama. Jauh di dalam hati aku, aku tetap mengakui yang aku bersyukur dengan kehendak Yang Maha Esa. Menjadi hamba kepada Yang Maha Esa sering kali mengingatkan aku tentang hakikat yang sebenar. Yang segalanya adalah dari Dia dan satu pun tidak kerana kebenaran.

Aku menjadi perenung manusia. Terlalu sombong untuk mengatakan yang aku sebenarnya bukan lagi seperti mereka yang lain. Tetapi aku tetap bukan seperti mereka. Sikap manusia yang pelbagai menjadi cermin kepada diri aku sendiri. Ada kalanya terlalu hodoh untuk menatapnya. Dan adakalanya terlalu asyik. Cermin-cermin mimpi ini adalah ilusi yang mengkhayalkan supaya manusia itu semakin lupa kepada tujuan asalnya. Kadang kala aku adalah lebih hina dari mereka yang lain.

Keangkuhan mendabik dada sebagai yang mengetahui menjadi punca jatuhnya aku. Padahal, yang sebenarnya aku tidak tahu apa-apa sekalipun.

Mencari wajah Pencinta di dalam setiap amal menjadikan aku semakin hilang. Hilang kerana mengetahui yang aku bukanlah aku. Tetapi aku adalah engkau. Cuma aku yang tidak pernah tahu.

Kerana mabuk di dalam ilusi yang dihamparkan di atas muka bumi ini, manusia tidak lagi mahu menidakkan kebenaran. Sayang sekali apabila tidak mengetahui bahawa cahaya dan bayang itu adalah sama. Tiada cahaya, tiadalah bayang. Dan yang menggerakkan Pak Dogo dan watak-watak yang lain itu adalah Tok Dalang semata-mata. Dan bukannya ada sesiapa yang lain.

Kerap aku berjumpa manusia-manusia yang kecewa dengan dunia. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan makhluk yang lain. Dan kerap kali juga aku tertanya adakah aku sendiri ini pun selalu kecewa. Jika aku kecewa dengan dunia, dengan diri sendiri, dengan makhluk yang lain adakah kerana aku beranggapan bahawa dunia itu sempurna, diri aku sempurna, ataupun makhluk yang lain itu sempurna. Sekiranya aku tahu yang memiliki kesempurnaan itu hanya Engkau, sudah tentu aku sedar yang lain itu tidak sempurna dan sudah tentu aku tidak akan kecewa.

Aku harus redha. Dan redha itu akan menjadikan aku di antara orang yang tenang.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." Surah At-Taghabun Ayat 11