Thursday, September 23, 2010

Pagi Khamis

Salam sejahtera kepada mereka yang bersama di pintu yang ketujuh. Bersama nama yang diagungkan aku bersama kamu mencari makrifat di dalam hakikat. Rahsia yang menjadi igauan setiap musafir kian diungkai satu persatu. Tidaklah indah rahsia itu jika diberi tanpa uji. Tidaklah bererti jangkauan niat sekiranya kasih tanpa diri. Aku diberikan sekilas rasa untuk mengisi jiwa yang meruntun meminta. Diambil rasa itu dan aku menjadi kecewa.

Untuk apa diberi jika akhirnya diambil?

Untuk aku sedar yang apa aku mahu itu bukam untuk selamanya. Apa yang aku mahu itu tidaklah kekal. Apa yang aku mahu itu bukan yang apa aku perlu. Aku tidak perlu apa pun kecuali Dia.

Semakin aku hampir, semaakin aku jauh.

Semakin aku mencari, semakin aku hilang.

Semakin aku jumpa, semakin aku tiada.

Semakin aku kenal, semakin aku binasa.

Hati yang berkecamuk dengan sejuta perasaan yang memberontak dijinakkan dengan hadirnya cahaya ilmu dariNya,

Tenang.

Helaan nafas dengan rima yang sekata menghaluskan lagi keadaan jiwa. Setiap hembusan adalah penyaksian terhadap yang satu.

No comments: