Monday, August 30, 2010

Impikan Sejuta Mimpi.

Dalam sekian lama mengejar mimpi, aku tiba-tiba terhenti langkah. Kaku dengan diri yang sayu. Telah sekian lama aku mengimpikan segala mimpi indah untuk menjadi realiti. Aku mati langkah dengan kesayuan yang tidak ada penghujungnya. Pandangan mata yang semakin kuyu memperlihatkan sejuta bagai rasa.

Aku sedar yang aku dipermainkan oleh diri aku sendiri.

Satu permainan yang tiada penghabisan.

Segala bagai mimpi yang diatur untuk digenggam menjadi realiti sebenarnya bukanlah seperti apa yang aku impikan. Aku tiba-tiba sedar apa yang aku lakukan, apa yang aku kejar selama ini adalah apa yang diaturkan oleh pandangan umum.

Lahir, belajar, kerja, kahwin, zuriat, mati. Satu aturan jikalau dilihat secara kasarnya adalah sekadar kitaran. Kitaran manusia ini disampaikan dari satu generasi ke satu generasi dan berterusan. Aku adalah apa yang dikehendaki oleh mereka. Mimpi aku adalah apa yang dikehendaki oleh mereka.

Adakah aku adalah mereka?

Aku disogok dengan perasaan ingin mecari sejuta rasa kemewahan dalam hidup. Aku disogokkan dengan perasaan ingin mencari sejuta rasa kenikmatan dalam hidup. Aku disogokkan dengan rasa bahawa hidup ini adalah selama-lamaya. Segalanya ingin dihimpun dalam hidup yang teramat singkat ini. Harta kekayaan, wang ringgit menjadi pelindung dan penolong. Tidak ada wang, tidak boleh hidup

Aku tidak mahu lagi dipermainkan dengan permainan sebegitu. Akhirnya aku menzalimi diri aku sendiri. Tidak ubah seperti mengigaukan hujung pelangi.

Adakah aku adalah kamu?

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

Surah ar-R'ad Ayat 16

No comments: