Tuesday, May 04, 2010

Jalan lurus, jalan belok-belok.

Ramai manusia yang berfikir-fikir tentang dirinya sendiri setiap hari. Ramai orang yang fikir dirinya adalah pusat dunia. Ramai berfikir bahawa prinsipal dirinya sahaja yang benar. Ramai berfikir tindakan moralnya sahaja yang benar. Ramai berfikir bahawa keputusan tang diambilnya adalah betul. Ramai yang mengatakan orang lain salah. Ramai orang berfikir bahawa orang lain adalah tidak sebijak dirinya. Ramai orang yang meletakkan keputusan orang lain sebagai pilihan yang tidak betul. Ramai orang tidak mahu mengakui kebolehan orang lain.

Ramai orang suka menghukum.

Rama suka mengatakan itu salah, ini salah. Ramai orang suka menyatakan bahawa yang ini barulah betul, yang ini barulah salah.

Ramai orang suka menjadi hakim.

Susah untuk kita mengaku bahawa orang lain yang betul, orang lain yang benar. Susah untuk mengaku yang keputusan orang lain adalah lebih baik daripada kita.

Susah untuk mengaku diri sendiri yang salah.

Sombong.

Aku sering kali melihat ramai orang itu sebenarnya adalah diri aku sendiri. Kerana sitap reffleksi daripada individu lain itu mencerminkan diri aku sendiri. Di mana berdirinya aku dikalangan orang yang sombong itu. Adakah aku bersama dengan mereka, ataupun bertentangan dengan mereka. Adakah aku boleh menerima sekiranya orang lain melakukan sesuatu perkara yang kiranya pada hemat aku bukanlah sesuatu yang terbaik. Patutkah aku memperbetul orang itu?
Ataupun tindakannya itu adalah betul pada hemat dirinya.

Maka di mana letaknya diri kita itu?

Adakah kita menjadi orang lain kerana mengikut tindakan moral yang dipersetuju oleh komuniti setempat?

Kita akan membunuh anak dara setiap bulan penuh sekiranya lahir kita di dalam komuniti yang melakukan perkara itu. Kita akan tanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana komuniti kita melakukan perkara yang sama.

Sekarang kita katakan yang kita benci perbuatan tersebut, sekarang kitakan bahawa tindakan itu adalah amat keji, dan sekarang jugalah kita mengatakan perbuatan tersebut adalah gila. Tetapi, apabila proses pembesaran kita, proses pembelajaran kita, proses menganalisa maklumat adalah di dalam komuniti tersebut, barangkali kita boleh menerima tindakan tersebut adalah normal dan sesuatu yang perlu.

Kita Islam kerana ibu bapa kita adalah Islam. Sekiranya kita lahir dari keluarga Kristian, tidakkah secara nalurinya kita akan mempertahankan Kristian itu dengan nyawa kita sendiri?

Benarkah sedemikian. Fikirkan.

Namun begitu, itulah yang membezakan manusia-manusia ulung seperti Ibrahim, Musa, Muhammad, dan yang lain. Apa yang beza? Kerana mereka mampu berfikir tentang yang mana hak dan yang mana batil. Dan mereka tidak mengikut-ikut,

Mungkin itu yang kita perlukan, tidak mengikut-ngikut.

Fikirkan.


No comments: