Monday, January 04, 2010

Gila Bicara Sang Pencari Cinta.

Dalam menghadapkan jiwa ke arah syurga, hati berbicara tentang letaknya akal di hujung kepala. Dan bila secebis kasih diberi, segunung harapan menjelma. Salahkan aku yang bertanyakan bintang di mana letaknya pintu rahsia tatkala aku tidak kenal akan erti cinta. Dan setiap mana langkah mengolah arus, tidak terjalinkah antara engkau dan aku sesuatu yang lebih dari sekadar rasa.

Mungkin pelangi yang muncul hanya untuk mentertawakan aku dengan warna-warnanya yang memukau mata. Mungkin juga pelangi itu mengejek aku supaya mencari di mana penghujungnya.

Silau mata yang menyilau kerap kali menggerakkan bait-bait rasa yang terasa di telapak tangan. Aku yang bergerak kerana nafas dihembus atau nafsu yang menghaus. Kiraan masa yang semakin tenat kini menggapai igauan setiap yang risau. Risau akan hilangnya tempat di atas muka bumi ini. Risau tentang hilangnya jasad yang semakin luntur. Risau tentang hilangnya segunung harta yang diteroka. Risau untuk mengembali apa yang diberi untuk seketika.

Masih lama untuk aku sedar yang aku melangkah dengan hela yang lama. Senyuman yang menjadi ukiran topeng indah sekadar menghiasi alam tidak lagi kerana ikhlas menghayati kalbu. Tenung lama di dalam cermin dan aku pasti yang aku adalah satu. Yang lain cuma bayang dan pantulan gambar yang tidak sesempurna seperti yang dirasa.

Satu bukan dua, satu serta semua, tetapi bukan dengan melodi kasih yang lama.

Indah seri wajah hanya mendapat sinar jingga yang mengufuk di timur semakin terang sehingga melabuhkan tirai hingga semakin gelap gelita. Gelap dan hitam seperti hati aku tanpa engkau untuk menyinari.

Takkan mungkin semuanya berlaku tanpa cinta. Takkan semuanya mungkin tanpa dia. Aku melihat dengan kasih yang satu mencari di manakah rahsia cinta. Sudikah engkau berkongsi dengan aku tentang rahsia. Aku merindukan kasih serta cinta dari pencinta sejati. Lengkap hidup ini kerana engkau dan musnah hidup ini dengan engkau.

Setiap yang haq akan kekal menjadi haq dan setiap yang batil akan selamanya menjadi batil.

Tidak menyalahi antara kasih dan ilmu dan tidak menyalahi antara ilmu dan cinta. Kerana tanpa ilmu takkan boleh aku mencapai cinta. Tanpa kasih takkan boleh aku mencapai ilmu. Segalanya bermula dengan Alif dan diakhirkan dengan Ya.

Dan pada mana kerlip bintang dalam gelap malam memberikan harapan dan senyuman, begitu juga nikmat ilmu yang tercipta. Dengan ilmu, cinta dikenali. Dan dengan cinta akhirnya sempurna. Sempurna dalam lautan kasih sejati.

Tidak ada yang ada setelah cinta dan tidak ada yang ada sebelum cinta.

Dan aku mahu kecapi nikmat cinta dan berada di kalangan meraka yang mengenali akan kekalnya cinta. Mungkin dengan ini aku akhirnya merasa tenang.

Tenang.

2 comments:

nad said...

cinta:kerana cinta kita hidup...
susah ke utk mencari cinta?
adakah kita dlm org yg tak layak mengenali cinta?
kenapa cinta tak hadir dlm hidup kita?
jawapan yg masih berbentuk soalan, perlukah???

Anonymous said...

apa kejadah nih