Sunday, September 07, 2008

Fikir?

Dalam pada mana setiap kali aku berfikir, aku sering kali memutuskan diri aku dengan sekeliling. Aku lebih gemar berada di dalam keadaan keseorangan. Mungkin dengan cara itu aku boleh menumpukan perhatian dengan apa yang aku fikirkan.

Aku berfikir tentang banyak perkara. Manusia lain juga fikirkan tentang banyak perkara. Ahli falsafah barat telah meletakkan tiga soalan sebagai misteri. Soalan yang boleh memberikan seribu satu jawapan. Tidak ada satu jawapan pun yang dapat memberikan satu definitif yang tepat. Tanya seribu orang yang berbeza, akan diberikan seribu jawapan yang berlainan.

Dari mana kita datang?

Ke mana kita akan pergi?

Apakah tujuan kita di atas muka bumi ini?

Akal yang dikurniakan menjadi buntu memikirkan jawapannya. Aku melihat yang kita ini tidak lagi berada pada paksinya. Kita tidak lagi berpegang pada tali yang telah dijanjikan. Kita menjadi sesat.

Dan dengan itu kita tidak lagi menghiraukan kepada apa yang telah diamanahkan kepada kita. Kita menjadi kalut dan panik. Dengan itu, kita menoleh kepada mereka yang boleh menjanjikan kita penyelesaian. Kita beralih daripada menghadap kepada yang Satu dan meminta perlindungan daripada selain daripadaNya.

Ramai yang tidak faham, ramai yang tidak akan faham dan lebih ramai tidak mahu faham.

1400 tahun yang lalu, jawapan kepada tiga soalan tersebut telah lama diberikan. Tetapi kita adalah terlalu buta untuk melihatnya. Bukan buta pancaindera, tetapi hati yang berada di dalam dada.

Dan jawapan yang telah diberikan oleh kita 1400 tahun yang lalu adalah:

"Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali; kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah ar-Rum ayat 11

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu" surah Adz Dzaariyat ayat 56

1 comment:

flatboys said...

cuba fikir macamana ko boleh pikir