Wednesday, December 26, 2007

Kepada Sahabat...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bersempena dengan Aidil Adha, Hari Krismas dan pengakhiran tahun 2007 mengikut kalender gregorian ni, aku, Ahmad Raziz Bin Rashid, Karam, ingin menghimpun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada semua sahabat, kawan, kenalan, dan kepada sesiapa sahaja yang garis hidupnya pernah bersilang dengan garis hidup aku.

Sepanjang perkenalan, sekiranya ada dendam kesumat berdarah yang belum dimaafkan, maafkanlah diri aku yang hina ini. Sekiranya tidak dapat dimaafkan, beritahulah kepada aku apa yang perlu aku lakukan atau menerimanya balasan untuk menebusnya.

Hidup di dunia ini singkat. Sehari berjumpa, esoknya sudah tiada. Sekiranya ada dendam yang pernah aku simpan kepada kalian semua, hari ini, aku lepaskan semuanya. Insya Allah. Aku tidak berkuasa untuk menghukum, aku tidak berkuasa untuk menilai, dan bukan hak aku untuk melemparkan benci terhadap kalian. Aku hanyalah hamba kepada yang Esa. Dan tidak ke mana aku selepas ini melainkan kembali kepadaNya.

Maafkan aku...

Maafkanlah...

Raziz

4 comments:

PANGASIUS said...

cis aku tak bleh maafkan, aku nak kau disula dikhalayak ramai

Hamdi Hanapi said...

ya ya. manusia bengis macam kau ni tak bertamadun. satu hari satu kerja. mengapit dua pejal daging dan mengerang semahunya, mendatangkan onar di rumah aku. 4 huruf untuk kau!

ramzi said...

apa yang aku suka adalah aku tak suka kau

Izman said...

SEDANGKAN NABI AMPUNKAN UMAT....maafkan kami maafkan kami maafkan kami maafkan kami maafkan kami hey brapa banyak maaf DAAA.....wakakakakaka