Monday, February 19, 2007

Dari saat ke minit ke jam ke hari ke bulan ke tahun...

Agak lama gak aku tak update blog ni...
Ada ke orang nak baca kalau aku update pun... bukan kisah sangat pun sebenarnya...
Feb 19 2007, lagi 2 hari dah 21 feb 2007... Maksudnya aku dah masuk ke alam 25 tahun hidup kat atas muka bumi ni. 25 tahun sama dengan suku abad. Lama tu... 25 tahun. Bapak aku dah kawin pun umur 25 tahun. Kiranya ada accomplishment sepanjang 25 tahun hidup. Aku? takde pape lagi. Isk, 25 tahun ek... dah tua rupanya.
Kalau diikutkan la, kalau... ku bilang kalau... dah separuh perjalanan idup dah sebenarnya. Setiap hari bangun dari tidur, capai sebatang rokok. duduk sekejap atas katil. berfikir. hari ni ari apa. jam pukul berapa. terlajak subuh lagi ke? Sempat lagi tak pergi kelas? Lepas tu bangun dari katil, pergi kat pc tukar lagu. Ikut la lagu apa yang terlintas kat kepala ni. Ikat langsir dengan tali tag oren tu pas tu bukak tingkap seluas-luasnya. Seterusnya tangan terus mencapai 3 mende yang aku bawak pergi bilik air setiap ari, body shampoo, cuci muka ngan berus gigi. jalan la dalam 5 ke 8 meter ke bilik air. Lepas tu kalau nak buang air dulu, pergi la ke tandas. kalau tak terus pergi ke sinki depan shower tu. Lama aku tengok cermin tu. Cuba nak kenal siapa yang aku tengah tengok. Rasa macam kenal...
Hari demi hari rutin sama diulang. cermin yang aku lihat tu takkan bohong. kalau salah pun mata aku kabur lagi ataupun otak tak dapat fokus lagi. Cermin. Pantulan imej daripada subjek. Lagi lama aku tengok cermin tu, lagi lama aku fikir... aku ke tu?
Cepat betul masa berlalu. terlalu cepat. Nak berlari seiring dengan masa bukan perkara yang mudah. Kalau aku tersungkur jatuh, masa bukannya sahabat karib yang akan tunggu, tolong aku bangun, kalau berdarah tolong lapkan. Nak taknak, kita kena la bangun kejar balik masa tu. Kalau terlarat nak kejar.
Dalam al-Quran sendiri telah dikhaskan satu surah tentang masa.
'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.'
Dan jika al-Quran sendiri mengkhaskan satu surah untuk masa, tak dapat nak dinafikan lagi tentang kepastian kepentingan masa. Tapi ramai lagi orang tak dapat nak nilai masa, termasuk la aku sekali.
Sun Tzu pun ada cerita pasal masa.
'He who conquers time conquers all'
Kita pun pernah terperasaan yang kita ni banyak masa, takde masa. Lumrah. Tapi apa itu masa? Satu entiti yang bergerak, tapi tidak dapat dilihat. hanya bergerak dalam satu garisan yang lurus, dan tidak berpatah balik. Tidak ada satu perkara pun yang akan sama pada setiap detik.Udara yang dihela tidak sama pada setiap kali. Sentiasa bergerak meninggalkan kita semua terpinga-pinga.
25 tahun... sekejap je rasanya.
'There is an appointed time for everything. And there is a time for every event under heaven–
A time to give birth, and a time to die; A time to plant, and a time to uproot what is planted.
A time to kill, and a time to heal; A time to tear down, and a time to build up.
A time to weep, and a time to laugh; A time to mourn, and a time to dance.
A time to throw stones, and a time to gather stones; A time to embrace, and a time to shun embracing.
A time to search, and a time to give up as lost; A time to keep, and a time to throw away.
A time to tear apart, and a time to sew together; A time to be silent, and a time to speak.
A time to love, and a time to hate; A time for war, and a time for peace.'

Yang berbisik halus

Aku berbisik halus
mereka melihat kamu
dengan satu perasaan benci
dikhabarkan kepada semua

Aku berbisik halus
kenapa diagungkan
semalam yang lepas
hari ini engkau difakirkan

Aku berbisik halus
cerita dalam kelambu
hanya kelambu menjadi saksi
disingkap sebalik malam

Aku berbisik halus
pada siapa yang dengar
lihat mata sekitar
rusuk serapat tubuh

Aku berbisik halus
darah yang mengalir
di belakang tubuh
bukan kerana musuh

Aku berbisik halus
ingin kenal siapa
yang boleh
berbisik halus


-Karam-